RSS

Latar Belakang

Kejohanan Olahraga Antara Sekolah (MSS Sibu) diadakan sejak tahun 1965. Pasukan sekolah menyertai ketiga–tiga kategori lelaki iaitu lelaki A, B dan C.

Oleh sebab olahraga merupakan acara tradisi sekolah dan paling dititikberatkan oleh pengetua dan pihak sekolah maka atlit sekolah yang mengikuti latihan telah disemai semangat pertandingan dan impian yang tinggi untuk menjuarai keseluruhan bagi kumpulan lelaki.

Impian ini tercapai pada tahun 1971 di mana pasukan sekolah menjuarai lelaki keseluruhan buat kali pertama yang berjaya menewaskan pasukan atlit dari SMK Three Rivers, Mukah yang berjaya memenangi 6 tahun berturut–turut (1965 – 1970).

Sejak tahun 1971, pasukan atlit sekolah memang telah membuktikan kecemerlangan dengan mengekalkan kejuaraan lelaki keseluruhan sehingga sekarang kecuali tahun 2000 hingga 2003. Pasukan atlit sekolah bukan sahaja memenangi piala keseluruhan Lelaki malah turut menjuarai ketiga-tiga kategori iaitu lelaki A, B dan C pada tahun 1978, 1992, 1996, 2005, 2006 dan 2008.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: